Disediakan Oleh : MJA, JBSN Sarawak
SARIKEI, 15 Disember 2024: Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan bagi seorang kanak-kanak tambahan lagi bagi murid yang pertama kali menyertai aktiviti seumpama ini. Seramai 28 orang murid Tahap 2, SK Petai, Skim B, Sarikei telah menyertai pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang perkhemahan tahunan yang diadakan pada 14-15 Disember 2024.
Dalam perkhemahan ini, Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei yang mempunyai kepakaran dalam aktiviti Ikatan dan Sumpulan serta membuat gajek perkhemahan telah dijemput untuk berkongsi kemahiran beliau kepada semua peserta.
PBSB Sarikei ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar serta Guru-Guru di SK Sungai Petai kerana memberi kepercayaan kepada pejabat ini untuk mengendalikan aktiviti tersebut.
"Ilmu seharusnya di kongsi, bukannya dipendam".
- JBS Sarawak
- Hits: 91