TAK KENAL MAKA TAK CINTA Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 5 DISEMBER 2024 – Pegawai dan kakitangan PBSB Kuching telah menyertai Kursus Pengenalan Akta Pembangunan Sukan, Pengurusan Badan Sukan dan Sistem Erosa secara atas talian yang dianjurkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia bersama Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak pada 3 hingga 4 Disember 2024. Kursus selama 2 hari ini lebih kepada menyegarkan ingatan dan memahami kehendak dan keperluan Akta Pembangunan Sukan ini. Di samping itu, ianya sebagai panduan kepada semua Pegawai Belia dan Sukan membimbing persatuan/kelab sukan dalam menangani isu dan permasalahan dalam persatuan di kawasan masing-masing.
MOBILISASI SATRIA SIRI 2 Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 5 DISEMBER 2024 – Pada 1 Disember 2024 yang lalu, PBSB Kuching telah melaksanakan program Mobilisasi SATRIA Siri 2 bertempat di Centexs Lundu yang melibatkan seramai 226 peserta. Gaya hidup Rakan Prihatin ini bertujuan bagi melahirkan rasa empati dan simpati di kalangan golongan belia. Pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan merupakan intipati utama dalam mobilisasi SATRIA ini. Di samping itu, ianya menjadi platform kepada generasi muda untuk mewujudkan rasa saling menghormati, saling melengkapi dan memupuk semangat cintakan negara serta mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat
LIMBANG, 03 DISEMBER 2024 – Satu Majlis makan malam telah berlangsung semalam bersempena Perayaan Hari chrismas yang akan datang bertempat di Bisaya Ballroom, Hotel Purnama Limbang. Makan Malam anjuran Jawatankuasa Tamu Medamit dengan kerjasama Majlis Daerah Limbang ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan dengan semua golongan dan kaum yang berada di Bahagian Limbang.
Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P221 Limbang. Beliau berkata kerjasama haruslah dieratkan selari dengan saranan Kerajaan supaya berhubungan baik dengan semua di Peringkat negeri dan bahagian. Dengan adanya majlis makan Malam ini dapat dijadikan platform terbaik bagi semua pihak bersua muka disamping dapat beramah mesra.
Encik Rynnille Elsther Peter Pegawai Belia dan Sukan bersama Puan Aimy Alisha Charlie, Pegawai Unit Rakan Muda turut hadir dan mengambil peluang beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh silaturahim di kalangan semua pihak.
LIMBANG, 29 DISEMBER 2024 – Minggu ini telah berlangsung satu Taklimat akhir Dokumen kewangan Peringkat Bahagian Limbang anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Limbang yang bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang, Limbang. Seramai 2 orang pegawai dari PBSB Limbang telah hadir dalam sesi tersebut iaitu Puan Aimy Alisha Charlie dan Encik Mohd Hafizul Helmi bin Md Zain.
Taklimat yang berlangsung selama setengah hari ini bnyak memberi imput kepada semua perserta tentang penutupan akaun berakhir tahun 2024. Taklimat ini jugak sedikit sebanyak memberi imput yang mendalam dalam pengurusan kewangan,akaun dan asset setiap PTJ yang berada di Bahagian Limbang. Di akhir sesi telah diadakan majlis penanguhan yang disempurnakan oleh Puan Pengarah Cawangan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Limbang yang turut menyerikan seminar pada kali ini.
LIMBANG, 29 NOVEMBER 2024 – "Impian tidak dapat terwujud dengan sendirinya, akan tetapi impian akan datang ketika seseorang berusaha untuk meraihnya."
Tiga pasukan mewakili Sang Saka Biru cemerlang di bumi Sarawak selepas mengungguli kedudukan antara empat pasukan terbaik Kejohanan Tarik Tali Terbuka Antarabangsa Limbang bagi edisi 2024. Pasukan Blue Tiger PDRM yang mewakili Majlis sukan PDRM,
Pasukan GeramBeat PDRM Mewakili Polis Sabah dan VAT 69 Komando masing-masing membawa hadiah kemenangan keseluruhan terkumpul sebanyak RM42,000 daripada hadiah keseluruhan yang dipertandingkan iaitu sebanyak RM 77,000.
Johan, Blue Tiger Tug Of War (RM20,000), N. Johan, Gerambeat Pdrm Sabah (RM 15,000) Ketiga, Chainblock A (RM10,000) dari Negara Brunei Darussalam & Keempat pasukan VAT 69 KOMANDO (RM7,000).
Sebanyak 52 pasukan yang terdiri daripada Negara Brunei Darussalam, Semenanjung Malaysia dan , Wilayah Sabah & Sarawak telah menyertai kejohanan pada edisi kali ini.
Pada ucapan perasmian dan pembukaan Kejohanan, Yab Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak berharap sukan tarik tali akan terus dimartabatkan di negeri Sarawak amnya & di daerah Limbang khasnya. Pada ucapanya juga, beliau telah meluluskann menaikan hadiah keseluruhan sebanyak RM112,000 bagi edisi yang akan dating pada tahun hadapan.
Semoga lebih banyak lagi pasukan dari seluruh Negara serta pasukan dari luar negara lain akan turut menyertai kejohanan pada tahun depan.
Tahniah kepada Persatuan Tarik Tali Limbang (PTTBL) atas penganjuran penuh gilang gemilang dan banyak penambahbaikan telah dilakukan pada kejohan kalini. Semoga terus cemerlang membawa sukan tarik tali ke peringkat lebih tinggi lagi.
LIMBANG, 29 NOVEMBER 2024 –Satu program yag dinamakan Program Skill For Life: Bengkel Asas Henna Art Peringkat Parlimen Limbang yang telah diadakan pada minggu lalu yang bertempat di Anjung Usahawan Limbang, Daerah Limbang. Program yang dikelolakan oleh Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang dengan kerjasama Kelab Belia Aktif Pekan Lawas ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan minat belia terhadap Henna Art sekaligus dapat membantu belia dalam menjana pendapatan tambahan didalam industri Henna di Bahagian Limbang.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dan mendapat maklumbalas yang sangat positif. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat melahirkan kepakaran bakat serta dapat menjana pendapatan penduduk setempat melalui seni henna tersebut..
LIMBANG, 29 NOVEMBER 2024 –Satu program yag dinamakan Program Skill For Life: Bengkel Asas Solekan Peringkat Parlimen Lawas yang telah diadakan pada minggu lalu yang bertempat di Lawas Digital Hub Innovation, Daerah Lawas. Program yang dikelolakan oleh Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang dengan kerjasama Kelab Belia Aktif Pekan Lawas ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan minat belia terhadap Solekan sekaligus dapat membantu belia dalam menjana pendapatan tambahan didalam industri Solekan di Bahagian Limbang.
Sejurus selepas tamat bengket solekan, pihak Lawas Digital Hub meneruskan kelas Asas promosi dengan mengunakan aplikasi Canva yang disampaikan oleh wakil Lawas Digital Hub Innovation, Puan Nurul. Ia sekali gus memberi imput yang maksima kepada semua peserta dalam mempromosikan servis Solekan mereka.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dan mendapat maklumbalas yang sangat positif. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat melahirkan kepakaran bakat serta dapat menjana pendapatan penduduk setempat melalui seni Solekan tersebut..
MIRI, 3 DISEMBER 2024 – Seramai 20 orang peserta terdiri daripada belia berumur 15 hingga 30 tahun telah menyertai Kursus Asas Canva bagi Program Rakan Mahir Skills For Life @ Parlimen Miri Tahun 2024 pada 30 November 2024 lalu. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Persatuan Belia Kristian Rhema dan Kolej Komuniti Miri.
Encik Syamsul Ambia Bin Sa’adi penceramah dari Kolej Komuniti Miri memulakan kursus tersebut dengan penerangan secara teori mengenai aplikasi Canva. Jika dimanfaatkan dengan baik, aplikasi Canva juga boleh membantu untuk menjadi sumber menjana pendapatan. Semasa sesi teori, Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man, Ahli Parlimen P219 Miri berkesempatan meninjau dan merasmikan majlis perasmian.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta. Semoga latihan kemahiran asas yang diperolehi oleh para peserta dapat dimanfaatkan dan membantu mereka dalam mempersiapkan diri mendepani cabaran semasa khususnya kini negara ke arah ekonomi digital serta membantu menangani kos sara hidup tinggi dihadapi mereka pada masa kini.
MIRI, 3 DISEMBER 2024 – Seramai 80 orang sukarelawan terlibat dalam Program Mobilisasi SATRIA Siri 2 Peringkat Bahagian Miri Tahun 2024 pada 24 November 2024 yang lalu bertempat di Love Family Homecare Miri. Program ini melibatkan kerjasama bersama dengan Kelab Belia Bestari Bandar Miri. Aktviti pada hari tersebut dimulakan dengan sesi pengenalan latar belakang dan maklumat mengenai Love Family Homecare dari Puan Christina Koo Lee Pin.
Sesi seterusnya diteruskan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan dalam dan halaman rumah tersebut. Setelah selesai gotong-royong, sukarelawan berkesempatan juga untuk menyantuni penghuni di rumah tersebut. Pihak kelab juga berbesar hati menyerahkan sedikit barang sumbangan kepada warga Homecare. Pihak pejabat mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan menjadi tunjang belakang menjayakan program ini dan juga kepada semua pihak yang terlibat.