- JBS Sarawak
- Hits: 14
SENAM SIHAT DAN BERJALAN RIA MADANI SK SRI AMAN SOKONG SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN2026) PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN
Disediakan oleh: MII, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 16 Oktober 2026 – Bagi menyokong pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman, SK Sri Aman telah melaksanakan aktiviti Senam Sihat dan Berjalan Ria Madani hari ini melibatkan para pelajar dan guru-guru SK Sri Aman.
Kegembiraan jelas terpapar di wajah semua pelajar SK Sri Aman menjayakan aktiviti Senam Sihat dan Berjalan Ria Madani membuktikan sokongan padu warga SK Sri Aman menjayakan Sambutan HSN2026.
Aktiviti Senam Sihat diterajui oleh Encik Arif Sazeli dari Kelab Senamrobik Bandar Benak (KSBB) dan aktiviti Berjalan Ria Madani bermula dari SK Sri Aman melalui jalan-jalan di Kampung Muhibbah dan kembali semula ke sekolah.
Pelepasan peserta briskwalk disempurnakan oleh Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman bersama barisan pentadbir SK Sri Aman. Program ini adalah satu pengisian aktiviti Sambutan Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
- JBS Sarawak
- Hits: 14
