PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK G.O.V FT MENENTANG BOMBA SEMPENA HSN2026 PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN

Disediakan oleh: MII, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 15 Oktober 2026 – Satu perlawanan bola sepak persahabatan antara G.O.V FT menentang pasukan Bomba telah berlangsung di Padang KPSU Lama, Sri Aman sempena Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman.

Perlawanan persahabatan ini dibarisi pemain-pemain yang bertugas sebagai penjawat awam dan juga anggota bomba yang berkhidmat di Bahagian Sri Aman bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan anggota perkhidmatan awam Bahagian Sri Aman.

Selain itu, perlawanan persahabatan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh perpaduan antara agensi yang terlibat. Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut adalah Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.

Sambutan Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman bukan sahaja menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan malah mencerminkan iltizam dalam menyahut cabaran membudayakan sukan secara inklusif dan sebagai rutin harian masyarakat secara berterusan.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search