Latar Belakang JBSN

    JBSN merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khusus bagi melaksanakan program dan aktiviti pembangunan belia dan sukan. Diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, JBSN memainkan peranan utama bagi memperkasakan pembangunan belia yang berdaya maju dan rakyat Malaysia berbudaya sukan.

    Dengan kekuatan sebanyak 1,381 perjawatan di seluruh negara merangkumi kepelbagaian skim perkhidmatan, JBSN terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Belia (BPB), Bahagian Pembangunan Sukan (BPS), Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM) dan Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan (P&K) di ibu pejabat.

    Selain itu, JBSN turut beroperasi di peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS Negeri), Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan (JBS Wilayah Persekutuan) dan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) termasuklah Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Bahagian/Kawasan (PBSD/B/K). Seterusnya, JBSN turut menawarkan perkhidmatan penggunaan fasiliti dan kemudahan bagi menjalankan aktiviti pembangunan belia dan sukan melalui Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Kompleks Rakan Muda (KRM), Kompleks Sukan Komuniti (KSK) dan Kompleks Sukan (KS).

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search