untitled-design-2.png

    Perutusan Ketua Pengarah

    Portal ini dibangunkan sebagai medium yang memberikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai pembangunan belia dan sukan. Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi memberi dimensi baharu buat JBSN menyalurkan maklumat dengan lebih pantas, meluas, dan berkesan kepada segenap pemegang taruh.

    Melalui portal ini juga, jaringan komunikasi antara JBSN dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri/Wilayah Persekutuan bersama masyarakat akan lebih bersifat interaktif dan efektif. Pembangunan portal ini turut memberi penekanan dan keutamaan kepada kerajaan terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    Sehubungan itu, menerusi portal JBSN ini, saya amat berharap agar setiap lapisan masyarakat dapat memanfaatkan segala maklumat yang ada untuk digunakan dengan sewajarnya dan sebaik mungkin.

    JBSN akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang unggul serta efisien kepada segenap pemegang taruh demi pemerkasaan pembangunan belia dan sukan. Semoga maklumat yang terkandung di dalam portal ini memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua pengunjung.

    Terima kasih,
    JBSN komited!

    AZURA BINTI ABIDIN
    KETUA PENGARAH
    JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA

    Image

    Aras 14, Menara KBS
    Kementerian Belia dan Sukan
    No 27, Persiaran Perdana, Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62570 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Pautan Dalaman

    Pautan Luar

    Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

    Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS

    Design & Development By JoomShaper

    Search