
Bahagian Pembangunan Belia (BPB) menjalankan fungi melaksanakan dasar dan polis berkaitan pembangunan belia di Malaysia dengan hasrat melahirkan belia sejahtera seterusnya bertindak sebagai pemangkin negara berdaya maju.
Diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah (Gred Utama C), pengoperasian bahagian juga digerakkan menerusi beberapa cawangan iaitu Cawangan Pembangunan Kepimpinan, Cawangan Pembangunan Sosial dan Cawangan Pembangunan Ekonomi serta Unit Integrasi dan Pengantarabangsaan Belia dan Unit Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan.

Antara program berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Belia

Majlis Perundingan Belia Negara yang diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) merupakan sesi libat urus dan persidangan intelektual yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan dengan wakil-wakil kementerian dan agensi persekutuan.

Social Entrepreneurship for Rural Youth merupakan program latihan berstruktur dan komprehensif dengan elemen bimbingan dan pementoran bagi pengukuhan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti di luar bandar.


Anugerah Perdana Belia Negara telah diperkenalkan pada 1988 dengan hasrat mengiktiraf dan menghargai pencapaian cemerlang oleh belia dan pertubuhan belia Malaysia.

Antara fungsi yang digerakkan oleh BPB adalah seperti berikut:
Mengoptimumkan penggunaan dan aksesibiliti kemudahan sukan dan rekreasi;
Memperkasakan badan dan penggerak sukan.
Mengukuhkan jaringan keriasama dengan pemegang taruh seperti badan sukan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Majlis Sukan Negeri, sektor swasta dan korporat dan seumpamanya; dan