pengarah-swak.png

Perutusan Pengarah

Selamat Datang ke portal rasmi ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak!

Portal ini dibangunkan sebagai medium yang memberikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai pembangunan belia dan sukan. Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi memberi dimensi baru bagi JBS Negeri Sarawak menyalurkan maklumat dengan lebih pantas, meluas dan berkesan kepada pemegang taruh.

Melalui portal ini juga, jaringan komunikasi antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama masyarakat akan lebih bersifat interaktif dan efektif.

Pembangunan portal ini turut memberi penekanan dan keutamaan kepada kerajaan terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sehubungan itu, menerusi portal JBS Negeri Sarawak ini, saya amat berharap agar setiap lapisan masyarakat dapat memanfaatkan segala maklumat yang ada untuk digunakan dengan sewajarnya.

JBS Negeri Sarawak akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang unggul serta efisien kepada masyarakat dan seterusnya mengharumkan nama JBS Negeri Sarawak demi pemerkasaan pembangunan belia dan sukan.

Semoga maklumat yang terkandung di dalam portal ini memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua pengunjung.

Terima kasih.

Lamat anak Nyalau

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak

APUI JAN

Pengarah

Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search