TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM PORT HEALING RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN TAHUN 2026

Disediakan oleh: HBR, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 15 Oktober 2026 – Menyampaikan mesej dan kempen anti-buli di kalangan remaja dan membina ruang yang positif untuk belia berinteraksi, berkongsi pengalaman dan mengeratkan hubungan sosial menjadi antara fokus utama dalam perancangan Program Port Healing Rakan Muda Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026.

Sehubungan itu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah mengadakan sesi taklimat bersama Kelab Rakan Muda Parlimen Sri Aman bagi memperhalusi perancangan serta penyelarasan pelaksanaan program berkenaan. Sesi tersebut dipengerusikan oleh Encik Howard Bonsu anak Resik, Pegawai Cawangan Pembangunan Rakan Muda. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada persediaan pelaksanaan program agar aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan minat dan keperluan golongan muda di samping menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam aktiviti sosial yang sihat dan bermanfaat.

Program Port Healing Rakan Muda yang akan dilaksanakan pada 17 Oktober 2026 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman diharapkan dapat menjadi platform santai yang menggalakkan interaksi positif, memperkukuh hubungan dalam kalangan belia serta menyokong usaha pembangunan belia yang lebih inklusif di Bahagian Sri Amani.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman komited dalam memperluas pendekatan pembangunan belia melalui program yang bukan sahaja menarik minat golongan muda, malah memberi ruang kepada mereka untuk membina hubungan sosial dan melibatkan diri secara aktif dalam komuniti.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search