TAKLIMAT PENUGASAN BERSAMA SUKARELAWAN HARI SUKAN NEGARA (HSN2026) PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN

Disediakan oleh: MII, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 13 OKTOBER 2026 - Satu sesi perjumpaan dan taklimat penugasan bersama sukarelawan Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.

Perjumpaan dan taklimat ini diadakan adalah bertujuan menyelaras pembahagian kerja-kerja sukarelawan untuk HSN2026 Peringkat Bahagian Sri Aman yang akan dilangsungkan pada 17 Oktober 2026 (Sabtu) selain perjalanan aktiviti yang akan dilangsungkan. Seramai 20 orang sukarelawan akan membantu Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman melancarkan pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan selaku Pegawai Penyelaras Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman. Hadir sama dalam perjumpaan tersebut adalah Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search