Kursus Pengurusan Kewangan Dan Perolehan KBS Siri 2/2026 Perkukuh Kompetensi Pegawai

Kursus Pengurusan Kewangan Dan Perolehan KBS Siri 2/2026 Perkukuh Kompetensi Pegawai

Kursus Pengurusan Kewangan Dan Perolehan KBS Siri 2/2026 Perkukuh Kompetensi Pegawai

Disediakan oleh: PCES, JBSN Sarawak

KUCHING, 15 Oktober 2026 – Kursus Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Siri 2/2026 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah berlangsung selama empat hari, dari 12 hingga 15 Oktober 2026, bertempat di Citadines Uplands Kuching, Sarawak. Kursus ini menghimpunkan seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada pegawai pelbagai agensi di bawah KBS, termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Majlis Sukan Negara Malaysia, Institut Sukan Negara, Institut Kemahiran Belia Negara serta Institut Kemahiran Belia dan Sukan. Turut menyertai kursus ini ialah wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching, iaitu Puan Pamela Connie Eddie Saga.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kompetensi peserta dalam aspek pengurusan kewangan dan perolehan, sekali gus menyokong pelaksanaan tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti dalam kalangan agensi di bawah KBS. Selain itu, kursus ini mencerminkan komitmen KBS untuk memperkukuh keupayaan modal insan serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam melalui amalan pengurusan kewangan dan perolehan yang profesional, sistematik dan bertanggungjawab. Majlis penangguhan kursus serta penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Encik Khairrul Aminus Kamaruddin, Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search