- JBS Sarawak
- Hits: 9
Lawatan Tapak MYSED ke Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 15 OKTOBER 2026 – Puan Jenny Lee Siak Nee, Wakil Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan rombongan mesyuarat telah mengadakan lawatan tapak ke Kompleks Sukan Komuniti Mukah setelah selesai bermesyuarat pada 8 Oktober 2026 di Bilik Mesyuarat Kem Belia Mukah. Tuan Lamat Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak turut bersama rombongan semasa lawatan tersebut.
Lawatan tersebut adalah untuk meninjau keadaan semasa Kompleks Sukan Komuniti Mukah sebelum proses penyerahan pengurusan dan fasiliti tersebut kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Pihak MYSED berpuas hati dengan keadaan semasa KSK dengan kemudahan fasiliti sukan dan kemudahan asas yang disediakan.
