BINTULU, 08 OKTOBER 2026: Institut Perakaunan Negara telah menganjurkan Kursus Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Akauntan Cawangan Bintulu bertempat di Bilik 316 , Wisma Bintulu dan telah dihadiri oleh Puan Everlyn Anak Morgan.
Kursus ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkukuh pengetahuan dan meningkatkan kecekapan pegawai awam berkaitan tatacara pengurusan bayaran emolumen selaras dengan peraturan kewangan kerajaan yang berkuat kuasa.
Melalui penganjuran kursus ini, para peserta berpeluang meningkatkan kefahaman mengenai prosedur pembayaran gaji, elaun serta lain-lain kemudahan kewangan di samping memastikan setiap urusan pembayaran dilaksanakan secara tepat, sistematik dan berintegriti.
Diharapkan ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas harian sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta mutu penyampaian perkhidmatan awam.
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak BINTULU,04 OKTOBER 2026: Program Aero Big Day 2026 telah berlangsung dengan meriah di Naim Street Mall, Bintulu, menerusi slogan “Jom Amal, Jom Aerobik” yang menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti kecergasan.
Program ini dianjurkan oleh Sarawak Aerobig Day bersama Founder of BANTU Sarawak sebagai platform untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti aerobik dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan melalui senaman.
Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan terhadap usaha memperkasakan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat.
Penganjuran Aero Big Day 2026 diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan aktiviti fizikal secara konsisten, di samping mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti kecergasan yang menyeronokkan dan inklusif.
BINTULU, 3 OKTOBER 2026: Karnival Sukan Tradisional Luar Bandar 2026 telah berlangsung dengan meriah di Rumah Jelaping, Sangan Tatau, pada 3 Oktober 2026, dengan penyertaan komuniti rumah panjang dan penduduk dari kawasan sekitarnya.
Majlis perasmian karnival telah disempurnakan oleh Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Sejalai bagi menggalakkan penglibatan masyarakat luar bandar dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan, antaranya sepakan penalti 3 lawan 3, sukaneka kanak-kanak, pertandingan menyumpit lelaki dan wanita, boling kelapa terbuka serta tarik tali campuran. Acara-acara ini bukan sahaja mencungkil bakat dan kemahiran peserta, malah memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.
Penganjuran karnival ini diharapkan dapat memelihara warisan sukan tradisional, mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk rumah panjang serta menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat luar bandar.
SARIKEI, 13 Oktober 2026 – Persiapan bagi penganjuran Pertandingan Wall Climbing sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 terus diperkukuh menerusi lawatan tapak oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei (PBSB Sarikei) ke Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, hari ini.
Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, dan disambut oleh Tuan Mijan bin Pamin. Lawatan ini bertujuan meninjau kesesuaian lokasi serta memastikan persiapan bagi pelaksanaan pertandingan berjalan lancar dan memenuhi keperluan penganjuran.
Pertandingan Wall Climbing ini merupakan penganjuran julung kali di Daerah Meradong sempena HSN 2026. Inisiatif ini bertujuan memperkenalkan sukan mencabar yang menguji kekuatan fizikal, ketahanan mental, keberanian dan keyakinan diri dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia.
Hasil lawatan mendapati keadaan tapak adalah memuaskan dan memberikan keyakinan terhadap pelaksanaan program yang dirancang. Kemudahan yang tersedia di lokasi berkenaan juga menjadi antara faktor penting dalam menyokong kelancaran pertandingan.
Sebagai tanda sokongan terhadap usaha memeriahkan sambutan HSN 2026, PBSB Sarikei turut menyalurkan sedikit peruntukan daripada Jawatankuasa Sambutan Hari Sukan Negara 2026 bagi membantu pelaksanaan program tersebut.
Penganjuran pertandingan ini diharap dapat menyemarakkan budaya hidup aktif dan sihat, di samping membuka peluang kepada masyarakat setempat untuk mengenali serta mencuba sukan Wall Climbing sebagai aktiviti kecergasan yang menyeronokkan dan mencabar.
Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen PBSB Sarikei dalam memperluas kepelbagaian aktiviti sukan di peringkat komuniti serta memastikan sambutan HSN 2026 terus menjadi platform untuk menyatukan masyarakat melalui sukan dan gaya hidup sihat.
SARIKEI, 11 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 3 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei berjaya memeriahkan penganjuran Sebangkoi Rainforest Trail Run 4.0 yang berlangsung di Taman Rimba Sebangkoi, Sarikei.
Penyertaan seramai 380 orang peserta dalam aktiviti berkenaan mencerminkan semangat masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti kecergasan yang menyeronokkan serta berteraskan komuniti.
Aktiviti kecergasan tersebut dikendalikan oleh Encik Haslie bin Umar, Presiden Sarikei Goyang Club (SGC), yang bertindak sebagai pengajar untuk membimbing peserta menjalani aktiviti dengan penuh semangat dan bertenaga.
Penganjuran program ini bukan sahaja memeriahkan suasana Sebangkoi Rainforest Trail Run 4.0, malah menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi tanpa mengira latar belakang.
Inisiatif Malaysia Aktif @ Komuniti turut memperkukuh usaha Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dalam membudayakan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat setempat, selaras dengan aspirasi melahirkan komuniti yang lebih sihat, cergas dan sejahtera.
Melalui kerjasama strategik dengan kelab dan komuniti setempat, program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan bagi memperluas peluang masyarakat menyertai aktiviti fizikal serta menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian.
SARIKEI, 4 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 2 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei diteruskan dengan pelaksanaan aktiviti kecergasan di Kolej Komuniti Sarikei bagi menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat.
Aktiviti kecergasan tersebut dikendalikan oleh Encik Haslie bin Umar, Presiden Sarikei Goyang Club (SGC), yang bertindak sebagai pengajar untuk membimbing peserta menjalani aktiviti kecergasan dalam suasana ceria, bertenaga dan penuh semangat.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Malaysia Aktif @ Komuniti untuk memperluas peluang masyarakat menyertai aktiviti fizikal dan rekreasi, sekali gus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan serta kecergasan tubuh badan.
Selain meningkatkan tahap kecergasan fizikal, aktiviti seumpama ini turut menyediakan ruang kepada peserta untuk berinteraksi, mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan melalui aktiviti yang sihat dan menyeronokkan.
Penganjuran program ini diharap dapat menggalakkan penyertaan berterusan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta menjadikan amalan hidup aktif sebagai sebahagian daripada rutin harian demi melahirkan komuniti yang lebih sihat, cergas dan sejahtera.
SARIKEI, 6 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Bahagian Sarikei 2026 membuka tirainya menerusi pelaksanaan Siri 1 yang berlangsung di Dewan Sri Sarikei dengan penyertaan seramai 130 orang peserta yang bersemangat menyertai aktiviti kecergasan.
Program yang bertujuan memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat itu dikendalikan oleh Encik Haslie bin Umar, Presiden Sarikei Goyang Club (SGC), yang memimpin peserta menjalani aktiviti kecergasan dalam suasana ceria, bertenaga dan penuh semangat kebersamaan.
Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Sarikei Goyang Club dan Duton Club bagi memperluas peluang masyarakat menyertai aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat komuniti.
Sebanyak 12 siri program dirancang untuk dilaksanakan, merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti senaman kecergasan, pendakian (hiking) dan perkhemahan (camping). Kepelbagaian aktiviti ini diharap dapat menarik penyertaan masyarakat daripada pelbagai lapisan umur, di samping menggalakkan penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan rekreasi sihat.
Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2026 bukan sahaja menjadi platform untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah turut berperanan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan dan memperkukuh budaya hidup aktif dalam komuniti setempat.
Penganjuran program ini diharap dapat terus menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi, selaras dengan usaha membentuk komuniti yang lebih sihat, cergas, aktif dan sejahtera.
SRI AMAN, 12 Oktober 2026 – Jawatankuasa Pelaksana MADANI Gamang Fun Run sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026 giat membuat penyelarasan persiapan bagi memastikan program yang dijadualkan pada 17 Oktober 2026 tersebut akan berjalan dengan lancar.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Hamdan bin Juli Pengetua SMK Sri Aman dan turut dihadiri oleh Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merangkap Pegawai Penyelaras Program Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026 dan Encik Sazali bin Dillah, Pegawai Cawangan Pembangunan Belia.
Mesyuarat telah diberikan taklimat oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa berkaitan berkenaan gerak kerja dan status semasa persiapan MADANI Gamang Fun Run yang dijangkakan seramai 1,000 peserta akan memeriahkan acara larian tersebut yang turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi..
KUCHING, 11 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif Peringkat Negeri Sarawak 2026 berlangsung pada Ahad di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan penyertaan 4,000 orang.
Program dirasmikan oleh YB Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, bagi menyemarakkan gaya hidup aktif dan pembudayaan sukan dalam masyarakat.
Antara pengisian ialah Fun Run 5 kilometer, Fun Walk 3 kilometer, demonstrasi cheerleading dan dancesports, pertandingan aerobathon berkumpulan serta pertandingan slingshot. Jualan Rahmah, food truck, pameran dan jualan produk sukan turut melengkapkan aktiviti pengunjung.
Program turut merangkumi KLAS Seni Mempertahankan Diri melibatkan Muaythai, Silat, Tang Soo Do dan Wushu. Selain itu, Moto Cub Track Day Negeri Sarawak anjuran Sarawak Motorsports Association dan D1 Motorsports Club mengetengahkan sukan permotoran.
Karnival Sukan Inspire OKU Aktif Negeri Sarawak 2026 turut diadakan bagi memperluas penyertaan golongan orang kurang upaya dalam sukan, selaras dengan semangat sukan untuk semua iaitu sukan 3 x 3 Futsal OKU dan Stacking Sports OKU.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua rakan strategik yang terlibat atas kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini:
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak Kelab Rekreasi Komuniti Petra Jaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) PBSM Majlis Sukan Negeri Sarawak MyDigital ID Revolution Run Borneo Kuching Kuching Happy Run R1 Drinking Water Sunquick Jualan Rahmah Madani Extra Joss Prosales Sarawak Motorsports Association Persatuan Muaythai Negeri Sarawak Persatuan Silat Olahraga Nasional Negeri Sarawak Chinese Martial Arts Association Persatuan Tang Soo Do Bahagian Samarahan D1 Motorsports Club Kelab Sukan Rekreasi Outraxx Kelab Kecergasan 1Kenyalang Victory Slingshot Club Hero Academy Alexis DanceSports Studio King Kojack CFC Food Truck Kopi Papa Vanila Pong Kopi Hainan Fish & Chick
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi memperluas peluang bersukan serta membina masyarakat Sarawak yang sihat, cergas dan aktif.
📸 RANGKUMAN GAMBAR PROGRAM
Sekitar kemeriahan Malaysia Aktif Peringkat Negeri Sarawak 2026 boleh dilihat melalui pautan berikut: