- JBS Sarawak
- Hits: 7
Program Aero Big Day 2026 Meriahkan Naim Street Mall Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 7
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU,04 OKTOBER 2026: Program Aero Big Day 2026 telah berlangsung dengan meriah di Naim Street Mall, Bintulu, menerusi slogan “Jom Amal, Jom Aerobik” yang menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti kecergasan.
Program ini dianjurkan oleh Sarawak Aerobig Day bersama Founder of BANTU Sarawak sebagai platform untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti aerobik dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan melalui senaman.
Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan terhadap usaha memperkasakan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat.
Penganjuran Aero Big Day 2026 diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan aktiviti fizikal secara konsisten, di samping mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti kecergasan yang menyeronokkan dan inklusif.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
