- JBS Sarawak
- Hits: 26
MALAYSIA AKTIF SARAWAK 2026 HIMPUNKAN 4,000 PESERTA
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 11 Oktober 2026 – Program Malaysia Aktif Peringkat Negeri Sarawak 2026 berlangsung pada Ahad di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan penyertaan 4,000 orang.
Program dirasmikan oleh YB Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, bagi menyemarakkan gaya hidup aktif dan pembudayaan sukan dalam masyarakat.
Antara pengisian ialah Fun Run 5 kilometer, Fun Walk 3 kilometer, demonstrasi cheerleading dan dancesports, pertandingan aerobathon berkumpulan serta pertandingan slingshot. Jualan Rahmah, food truck, pameran dan jualan produk sukan turut melengkapkan aktiviti pengunjung.
Program turut merangkumi KLAS Seni Mempertahankan Diri melibatkan Muaythai, Silat, Tang Soo Do dan Wushu. Selain itu, Moto Cub Track Day Negeri Sarawak anjuran Sarawak Motorsports Association dan D1 Motorsports Club mengetengahkan sukan permotoran.
Karnival Sukan Inspire OKU Aktif Negeri Sarawak 2026 turut diadakan bagi memperluas penyertaan golongan orang kurang upaya dalam sukan, selaras dengan semangat sukan untuk semua iaitu sukan 3 x 3 Futsal OKU dan Stacking Sports OKU.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua rakan strategik yang terlibat atas kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini:
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak
Kelab Rekreasi Komuniti Petra Jaya
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
PBSM
Majlis Sukan Negeri Sarawak
MyDigital ID
Revolution Run Borneo Kuching
Kuching Happy Run
R1 Drinking Water
Sunquick
Jualan Rahmah Madani
Extra Joss
Prosales
Sarawak Motorsports Association
Persatuan Muaythai Negeri Sarawak
Persatuan Silat Olahraga Nasional Negeri Sarawak
Chinese Martial Arts Association
Persatuan Tang Soo Do Bahagian Samarahan
D1 Motorsports Club
Kelab Sukan Rekreasi Outraxx
Kelab Kecergasan 1Kenyalang
Victory Slingshot Club
Hero Academy
Alexis DanceSports Studio
King Kojack
CFC Food Truck
Kopi Papa
Vanila Pong
Kopi Hainan
Fish & Chick
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi memperluas peluang bersukan serta membina masyarakat Sarawak yang sihat, cergas dan aktif.
📸 RANGKUMAN GAMBAR PROGRAM
Sekitar kemeriahan Malaysia Aktif Peringkat Negeri Sarawak 2026 boleh dilihat melalui pautan berikut:
https://drive.google.com/drive/folders/1RnJgUm6nkCpDtJbNkQVuoEgo5q0e-YLO?usp=sharing
#MalaysiaAktif
#HSN2026
#MalaysiaMadani
#JBSNKomited
