- JBS Sarawak
- Hits: 8
Karnival Sukan Tradisional Luar Bandar 2026 Meriahkan Komuniti Di Rumah Jelaping, Sangan Tatau
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 3 OKTOBER 2026: Karnival Sukan Tradisional Luar Bandar 2026 telah berlangsung dengan meriah di Rumah Jelaping, Sangan Tatau, pada 3 Oktober 2026, dengan penyertaan komuniti rumah panjang dan penduduk dari kawasan sekitarnya.
Majlis perasmian karnival telah disempurnakan oleh Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Sejalai bagi menggalakkan penglibatan masyarakat luar bandar dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan, antaranya sepakan penalti 3 lawan 3, sukaneka kanak-kanak, pertandingan menyumpit lelaki dan wanita, boling kelapa terbuka serta tarik tali campuran. Acara-acara ini bukan sahaja mencungkil bakat dan kemahiran peserta, malah memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.
Penganjuran karnival ini diharapkan dapat memelihara warisan sukan tradisional, mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk rumah panjang serta menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat luar bandar.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
