- JBS Sarawak
- Hits: 18
Penyampaian Geran Padanan Sukan (Gps) Kepada Pihak Persatuan Muaythai Bahagian Bintulu
Disediakan oleh:Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 24 JULAI 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah menyampaikan Geran Padanan Sukan (GPS) berjumlah RM45,000 kepada Persatuan Muaythai Bahagian Bintulu yang telah diadakan pada 24 dan 25 Julai 2026. Sesi penyampaian cek cura GPS kepada persatuan telah disempurnakan Encik Jeremy Luguh, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu yang mewakili Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.
Melalui inisiatif Geran Padanan Sukan ini, kerajaan terus komited memperkukuh ekosistem pembangunan sukan dengan menyediakan sokongan kewangan kepada persatuan yang aktif dalam melaksanakan program pembangunan sukan secara berterusan.
Pihak Persatuan Muaythai Bahagian Bintulu merakamkan penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Geran yang diterima akan dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkukuhkan pengurusan persatuan, melahirkan lebih ramai atlet berpotensi serta meningkatkan pencapaian Muaythai Bintulu di peringkat negeri dan kebangsaan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
- JBS Sarawak
- Hits: 18
