- JBS Sarawak
- Hits: 28
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) KOMUNITI PERIBUMI SARAWAK PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 28
Disediakan oleh: ZLP, JBSN Sarawak
PAKAN, 5 Oktober 2026 – Sorakan dan semangat kesukanan yang mengiringi sepanjang pelaksanaan Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Komuniti Peribumi Sarawak Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026 akhirnya sampai ke penghujung apabila program tersebut melabuhkan tirainya menerusi Majlis Penutupan yang berlangsung pada 3 Oktober 2026 di Gelanggang Sukan SMK Pakan.
Majlis berkenaan dihadiri oleh para jurulatih dan peserta yang terlibat dalam keseluruhan pelaksanaan KLAS, sekali gus menjadi wadah penghargaan atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung.
Kemuncak program turut diserikan dengan pengumuman keputusan pertandingan yang telah berlangsung, dengan Kumpulan Jejengak dinobatkan sebagai johan Futsal Lelaki, diikuti Perancis di tempat kedua, manakala Ukuk FC dan Malaysia berkongsi tempat ketiga. Bagi kategori Bola Baling Wanita, Black Panther muncul sebagai johan, manakala Velvet Vipers menduduki tempat kedua. Tempat ketiga pula dikongsi oleh Yellow Fighter dan Fly High.
Sepanjang pelaksanaan kursus, peserta mengikuti sesi bimbingan dan latihan yang memberi pendedahan kepada asas kemahiran, teknik serta peraturan dalam acara sukan yang dijalankan. Penglibatan aktif peserta bersama barisan jurulatih turut mewujudkan suasana pembelajaran yang positif, selain mengeratkan hubungan dan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti yang terlibat.
Majlis penutupan ini menandakan berakhirnya satu lagi program pembangunan sukan di peringkat Bahagian Sarikei, namun diharapkan semangat yang dibina sepanjang KLAS terus diterjemahkan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan di peringkat komuniti.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
