- JBS Sarawak
- Hits: 18
KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) KOMUNITI PERIBUMI SARAWAK PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026 SIRI 3 – FUTSAL LELAKI
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh: ZLP, JBSN Sarawak
PAKAN, 5 Oktober 2026 – Aksi pantas dan semangat berpasukan mewarnai gelanggang apabila peserta Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Komuniti Peribumi Sarawak Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026 Siri 3 bagi acara Futsal Lelaki menunjukkan kesungguhan menguasai kemahiran asas permainan dalam sesi latihan yang berlangsung di Gelanggang Futsal Pelbagai Guna (GSPG), Pakan pada 26 September 2026.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas permainan futsal, khususnya dari aspek teknik kawalan bola, hantaran, pergerakan, penguasaan permainan serta pemahaman terhadap peraturan asas futsal.
Melalui sesi latihan dan aktiviti praktikal, peserta berpeluang mengaplikasikan teknik yang dipelajari secara langsung di gelanggang, sekali gus meningkatkan kemahiran, keyakinan dan kefahaman terhadap permainan secara berpasukan.
Selain aspek kemahiran, pelaksanaan KLAS turut menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan komuniti peribumi dalam aktiviti sukan serta memupuk nilai disiplin, kerjasama, semangat kesukanan dan gaya hidup aktif.
Penganjuran kursus ini diharap dapat terus memperkasa penglibatan komuniti peribumi dalam bidang sukan serta menyediakan ruang kepada peserta untuk mengembangkan potensi dan bakat, khususnya dalam sukan futsal.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
