- JBS Sarawak
- Hits: 20
PERTANDINGAN BOLA BALING WANITA SEMPENA KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) KOMUNITI PERIBUMI SARAWAK PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI SIRI 4 TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: ZLP, JBSN Sarawak
PAKAN, 5 Oktober 2026 – Aksi sengit di gelanggang menyaksikan peserta wanita memperlihatkan ketangkasan, kepantasan dan semangat berpasukan dalam Pertandingan Bola Baling Wanita sempena Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Komuniti Peribumi Sarawak Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026 Siri 4 yang berlangsung di Gelanggang Bola Baling SMK Pakan pada 3 Oktober 2026.
Pertandingan ini menjadi medan kepada peserta untuk menguji penguasaan kemahiran asas bola baling yang merangkumi teknik hantaran, kawalan bola, pergerakan serta strategi permainan dalam situasi sebenar.
Setiap pasukan turut memperlihatkan kerjasama dan persefahaman ketika mengatur gerakan, selain berusaha memanfaatkan setiap peluang untuk menghasilkan jaringan sepanjang perlawanan.
Selain memberi pengalaman pertandingan kepada peserta, aktiviti ini turut menerapkan nilai disiplin, komunikasi dan semangat kesukanan yang menjadi asas penting dalam pembentukan sebuah pasukan.
Penganjuran KLAS ini mencerminkan usaha berterusan dalam memperluas peluang penyertaan komuniti peribumi dalam aktiviti sukan, khususnya dalam kalangan wanita, di samping memberi ruang kepada bakat baharu untuk terus diketengahkan dalam sukan bola baling.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
