- JBS Sarawak
- Hits: 23
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HARI SUKAN NEGARA (HSN2026) PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh: MII, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 02 OKTOBER 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara (HSN2026) Peringkat Bahagian Sri Aman telah diadakan pada 2 Oktober 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Frank anak Lani, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman. Turut hadir ialah YBrs. Encik Shariff bin Bujang, Pegawai Daerah Sri Aman, Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman serta wakil-wakil daripada Jabatan/ Agensi dan rakan strategik pelaksana aktiviti yang terlibat dalam menjayakan sambutan berkenaan.
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan perancangan, penyelarasan dan persiapan pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026 termasuk cadangan pengisian aktiviti sukan dan rekreasi, pembahagian tugas serta peranan setiap agensi yang terlibat bagi memastikan kelancaran program dan mencapai sasaran penyertaan yang telah ditetapkan.
Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi platform untuk menyelaras kerjasama antara agensi dalam aspek penyediaan logistik, keselamatan, kemudahan dan keperluan teknikal sepanjang pelaksanaan program berlangsung. Perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha menggalakkan penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti sukan dan rekreasi, selaras dengan hasrat menjadikan amalan bersukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.
Komitmen Jabatan/ Agensi dan juga rakan strategik pelaksana dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen dan kerjasama erat pelbagai pihak dalam memastikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sri Aman Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Diharapkan melalui perancangan dan penyelarasan yang dilaksanakan, sambutan pada tahun ini akan dapat menarik penyertaan masyarakat daripada pelbagai lapisan umur serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal demi kesejahteraan dan kesihatan bersama.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
