Semangat Kesukarelawanan Menerusi Padawan Raft Safari 2026
Disediakan oleh: PCES, JBSN Sarawak
KUCHING, 7 OKTOBER 2026 – Semangat kesukarelawanan, gaya hidup aktif dan penglibatan komuniti terus diperkasa menerusi Padawan Raft Safari 2026 yang berlangsung di Kampung Git, Padawan, Kuching pada 4 Oktober 2026. Puan Pamela Connie Eddie Saga menjadi salah seorang sukarelawan yang bertugas sepanjang program berlangsung yang merupakan penglibatan tahun keempat beliau sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan dalam menyumbang kepada aktiviti kemasyarakatan.
Program anjuran GRIT Event Management itu telah menghimpunkan sebanyak 151 kumpulan yang menyertai lima kategori iaitu kategori 22km Hotel Tour & NGO, kategori 15km terbuka wanita, kategori 22km agensi Kerajaan, kategori 32km terbuka serta kategori 40km kayak. Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanAktif
#PadawanRaftSafari2026
#GritManagement
#KomunitiAktif
- JBS Sarawak
- Hits: 42
