- JBS Sarawak
- Hits: 26
SESI PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM PORT HEALING RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh: ZLP, JBSN Sarawak
SARIKEI, 6 Oktober 2026 – Membina ruang yang positif untuk belia berinteraksi, berkongsi pengalaman dan mengeratkan hubungan sosial menjadi antara fokus utama dalam perancangan Program Port Healing Rakan Muda Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026.
Sehubungan itu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sarikei telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei bagi memperhalusi perancangan serta penyelarasan pelaksanaan program berkenaan. Sesi tersebut dipengerusikan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada persediaan pelaksanaan program agar aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan minat dan keperluan golongan belia, di samping menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam aktiviti sosial yang sihat dan bermanfaat.
Program Port Healing Rakan Muda diharapkan dapat menjadi platform santai yang menggalakkan interaksi positif, memperkukuh hubungan dalam kalangan belia serta menyokong usaha pembangunan belia yang lebih inklusif di Bahagian Sarikei.
Usaha ini mencerminkan komitmen PBSB Sarikei dalam memperluas pendekatan pembangunan belia melalui program yang bukan sahaja menarik minat golongan muda, malah memberi ruang kepada mereka untuk membina hubungan sosial dan melibatkan diri secara aktif dalam komuniti.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
