- JBS Sarawak
- Hits: 23
MESYUARAT PASUKAN ePEROLEHAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA BILANGAN 1 TAHUN 2026 PERKUKUH PENGURUSAN PEROLEHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh: NAS, JBSN Sarawak
SARIKEI, 5 Oktober 2026 – Pengurusan perolehan yang cekap, teratur dan mematuhi tatacara terus diberi perhatian menerusi Mesyuarat Pasukan ePerolehan Jabatan Belia dan Sukan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 yang diadakan bagi memperkukuh pengurusan perolehan di peringkat jabatan.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, bersama Encik Nyawin anak Sirai. Mesyuarat memberi tumpuan kepada status pelaksanaan ePerolehan, isu semasa serta langkah penambahbaikan bagi memastikan urusan perolehan dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.
Perbincangan turut menekankan aspek pematuhan prosedur, ketepatan dokumentasi dan penyelarasan tindakan bagi memastikan setiap proses perolehan dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Mesyuarat ini diharapkan dapat memperkukuh kecekapan, ketelusan dan integriti dalam pengurusan ePerolehan serta menyokong kelancaran penyampaian perkhidmatan Jabatan Belia dan Sukan Negara.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
