PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN KAFETEEN BERI PENEKANAN PEMBANGUNAN BELIA INKLUSIF

Disediakan oleh : SD, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 4 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah melaksanakan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin KafeTEEN Tahun 2026 Sarawak bermula 2 hingga 4 Oktober 2026 di SMK Sri Aman dan disertai seramai 30 orang peserta. Program khusus ini merupakan kerjasama strategik bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), IPD Sri Aman, AADK Sri Aman, Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Kelab Belia Gemilang , sukarelawan SATRIA….

Objektif penganjuran program adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara; meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung bahaya dan kesan gejala sosial dan jenayah kepada belia; melahirkan belia yang berfikiran kritis, kreatif dan berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti; dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan belia selaras matlamat pembangunan belia positif.

Majlis Perasmian Penutupan Program telah disempurnakan oleh Encik Abang Dzulhilmi bin Abang Ibrahim, Penolong Kanan Tingkatan 6, SMK Sri Aman mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merakamkan jutaan penghargaan kepada agensi yang bekerjasama menjayakan kelancaran program ini dan kepada petugas dan urusetia yang bertungkus lumus memastikan para peserta dapat mengikuti segala modul dengan baik.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search