- JBS Sarawak
- Hits: 22
MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN PERLINDUNGAN (JKP) BILANGAN 2/2026 BAHAGIAN BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG,5 Oktober 2026 –Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan (JKP) Bilangan 2/2026 Bahagian Betong telah diadakan pada 2 Oktober 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan dihadiri oleh semua ahli mesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, pengerusi mengingatkan semua ahli agar sentiasa peka terhadap aspek keselamatan dan keadaan kemudahan di pejabat. Beliau turut mengingatkan semua ahli agar sentiasa peka terhadap sebarang kerosakan kemudahan di pejabat, khususnya yang melibatkan lampu dan peralatan elektrik, serta segera melaporkannya kepada pihak Ambang Wira Sdn. Bhd. untuk tindakan lanjut.
Beliau turut menekankan kepentingan memastikan semua peralatan elektrik berada dalam keadaan selamat selepas digunakan. Semua ahli diingatkan supaya mencabut plug peralatan elektrik sebelum meninggalkan pejabat bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini.
Mesyuarat ini turut menjadi platform bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan keselamatan perlindungan serta langkah penambahbaikan bagi memastikan persekitaran pejabat sentiasa berada dalam keadaan selamat, teratur dan kondusif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbbetong
