Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Komuniti Pribumi Di SMK Padawan

Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Komuniti Pribumi Di SMK Padawan

Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Komuniti Pribumi Di SMK Padawan
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 7 Oktober 2026 – PBSB Kuching telah memulakan inisiatif Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Komuniti Pribumi bagi memperkasa pembangunan bakat serta meningkatkan penyertaan masyarakat pribumi Sarawak dalam bidang sukan. Program ini telah diadakan pada 2 Oktober 2026 di SMK Padawan. Program ini merupakan inisiatif di peringkat akar umbi yang bertujuan meningkatkan penglibatan masyarakat pribumi Sarawak dalam aktiviti sukan, sekali gus menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup untuk kekal sihat, cergas dan aktif.

Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Siol Kandis serta SMK Padawan selaku rakan strategik telah memberikan kerjasama dan sokongan penuh terhadap pelaksanaan program ini. Dua jenis sukan telah dipilih berdasarkan minat dan kecenderungan peserta, iaitu bola lisut dan bola jaring. Seramai 100 peserta akan terlibat dalam program ini dan akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang bertauliah. Program ini akan dilaksanakan dalam empat sesi dan akan berakhir pada 24 Oktober 2026.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakanaktif

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search