Disediakan oleh: NFS, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 25 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menyertai Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan bagi bulan September 2026 secara atas talian yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).
YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga KBS agar mengambil iktibar dan menghayati sejarah pembentukan Malaysia serta memberi perhatian kepada pengukuhan integriti dan amanah dalam menjalankan tugas.
Selain itu, YBhg. Dato’ KSU menekankan kepada semua warga KBS untuk bekerja dengan jiwa bagi mencapai visi serta misi Kementerian serta setanding dengan agensi-agensi lain yang menjadi tunjang menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.
YBhg. Dato’ KSU turut menyeru warga KBS untuk mengadaptasi AI dalam aspek pekerjaan harian dan mengenalpasti elemen-elemen AI yang boleh dijadikan sebagai platform untuk menambaik pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan kepada pemegang taruh serta mengingatkan semua pegawai agar sentiasa menambah nilai bagi meningkatkan prestasi dan perkhidmatan dari masa ke semasa.
Dalam perhimpunan ini juga YBhg. Dato’ KSU turut melancarkan Pelan Strategik KBS 2026-2030, menyampaikan sijil penghargaan SUKMA XXII & PARA SUKMA 2026, hadiah pemenang Pertandingan Keceriaan Dalaman KBS sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026 dan Pra-Pelancaran EKSA KBS sempena Sambutan Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
- JBS Sarawak
- Hits: 24
