- JBS Sarawak
- Hits: 41
Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Perkasa Semangat Kesukarelawanan Dalam Kalangan Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Perkasa Semangat Kesukarelawanan Dalam Kalangan Belia
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 30 September 2026 – Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda telah dilaksanakan pada 26 September 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Islam Al-Amin dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Baru Semariang. Seramai 51 orang peserta telah menyertai program ini dan diketuai oleh Puan Joyce Anyie dari PBSB Kuching. Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti kemasyarakatan, di samping menyemai nilai kesukarelawanan, kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan Rakan Muda.
Memupuk semangat kesukarelawan dan meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab social merupakan fokus utama pelaksanaan program ini dan diharapkan dapat menjadi platform kepada golongan muda untuk menyumbang tenaga dan idea secara positif, selain memperkukuh hubungan antara komuniti, institusi pendidikan dan pertubuhan belia.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakanbumi
