213 Peserta Meriahkan Pertandingan Xiang Qi Kuching & Samarahan 2026 🏆

213 Peserta Meriahkan Pertandingan Xiang Qi Kuching & Samarahan 2026 🏆
Disediakan oleh: PCES, JBSN Sarawak

KUCHING, 28 September 2026 – Persatuan Xiang Qi Bahagian Kuching telah menganjurkan Program Pertandingan Xiang Qi Berkumpulan Sekolah Rendah serta Sekolah Menengah Kuching & Samarahan 2026 pada 22 Ogos 2026 yang lalu. Program tersebut telah berlangsung di Ang Cheng Ho Sports & Community Hall dan telah  mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 213 orang 

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Turut hadir  Yang Berhormat See Chee How, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi N.11 Batu Lintang; Encik Tan Kai, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan; Kapitan Datuk Lau Sie Lok, Pengerusi Persatuan Xiang Qi Kuching; Encik Lim Ah Teck, Pengerusi Chinese Association serta Puan Pamela Connie Eddie Saga, wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching. Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan untuk para peserta menguji kemahiran dan strategi dalam sukan Xiang Qi, malah turut menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan antara komuniti dan generasi muda.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanAktif

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search