- JBS Sarawak
- Hits: 27
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM KLAS SENI BELA DIRI PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh : MII, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 24 September 2026 – Satu sesi perbincangan bagi pelaksanaan program KLAS Seni Bela Diri Peringkat Bahagian Sri Aman telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
2 kelab seni bela diri telah dipilih bagi menjayakan program KLAS tersebut iaitu Kelab Silat Mayang Mengurai dan Persatuan Tang Soo Do Bahagian Sri Aman. Taklimat dan perbincangan telah disampaikan oleh Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
Program KLAS ini akan dilaksanakan sebanyak 3 sesi dan akan dikendalikan oleh barisan jurulatih dari kelab-kelab yang dilantik. Penyertaan KLAS Seni Bela Diri dibuka untuk penyertaan kepada mereka yang berumur 7 tahun keatas dan berminat dalam Sukan Silat Olahraga dan Karate.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
