Perasmian Pejabat Dan Pusat Latihan Persatuan Gimnastik Amatur Negeri Sarawak
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 27 September 2026 – Puan Kho Teck Wan, Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak mewakili YB Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian telah merasmikan Pejabat dan Pusat Latihan Persatuan Gimnastik Amatur Negeri Sarawak pada 26 September 2026. Perasmian tersebut menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha memperkukuh pembangunan sukan gimnastik di Sarawak, khususnya dari aspek penyediaan kemudahan latihan yang lebih baik serta pembangunan bakat atlet secara berterusan.
Kewujudan pejabat dan pusat latihan ini diharap dapat menjadi platform bagi memperkasakan program pembangunan gimnastik, melahirkan lebih ramai atlet berbakat serta meningkatkan prestasi atlet Sarawak di peringkat Negeri, Kebangsaan dan antarabangsa. Majlis perasmian turut berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran barisan pengurusan persatuan, jurulatih dan atlet. Turut hadir di majlis ini ialah Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Puan Margaret Sawing, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching
Sumber gambar : SAGYMA
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakanaktif
- JBS Sarawak
- Hits: 27
