- JBS Sarawak
- Hits: 36
Gotong Royong MADANI Rakan Muda Meriahkan Kampung Sekambal Melayu, Lundu
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Gotong Royong MADANI Rakan Muda Meriahkan Kampung Sekambal Melayu, Lundu
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 25 September 2026 – Program Gotong-Royong Madani Rakan Muda di bawah Program Sukarelawan Teraju Muda anjuran PBSB Kuching telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Sekambal Melayu, Lundu pada 12 September 2026. Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia, sukarelawan serta komuniti setempat. Aktiviti gotong-royong ini diadakan bagi memupuk semangat kesukarelawanan, mengeratkan hubungan silaturahim antara golongan muda dengan masyarakat setempat serta mewujudkan persekitaran kampung yang lebih bersih, ceria dan selesa.
Penganjuran program ini turut menjadi platform kepada golongan Rakan Muda untuk menyumbang tenaga dan masa kepada komuniti, di samping membina kemahiran kepimpinan serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan. Program berakhir dengan suasana penuh kemesraan dan semangat kekitaan antara peserta serta penduduk Kampung Sekambal Melayu. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh budaya kesukarelawanan dan membentuk generasi muda yang aktif serta prihatin terhadap masyarakat.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakanbumi
