- JBS Sarawak
- Hits: 48
PROGRAM DARI BELIA UNTUK BELIA MENEKANKAN KESEDARAN KESIHATAN MENTAL DAN KETERLIBATAN ISU SOSIAL DI KALANGAN BELIA
- JBS Sarawak
- Hits: 48
Disediakan oleh: JT,JBSN Sarawak
BETONG, 24 September 2026 – Program Dari Belia Untuk Belia Peringkat Bahagian Betong telah dilaksanakan pada 23 September 2026 di Dewan Sri Meladin, Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin. Dari Belia Untuk Belia merupakan program kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan rakan kerjasama strategik Kelab Belia Komuniti Pekan Saratok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung bahaya keterlibatan dalam isu sosial, memupuk nilai-nilai murni di kalangan belia, menggalakan penglibatan pertubuhan belia tunggal dalam menggerakan aktiviti intervensi sosial di peringkat komuniti serta menyediakan platform untuk pemimpin pertubuhan belia tunggal menjadi penggerak intervensi sosial di peringkat komuniti.
Antara pengisian program adalah sesi ceramah daripada Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Betong, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dan Ibu Pejabat Polis Daerah Betong dan sesi interaktif antara peserta dan agensi terlibat berhubung isu buli, penyalahgunaan dadah dan kesedaran kesihatan mental.
Majlis penangguhan program telah disempurnakan oleh Puan Norgiselle Fatini John Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Beladin. Hadir sama Cik Nurulzamzam bt. Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, Cik Jojo anak Tehan daripada PBSB Betong serta pegawai dan guru daripada SMK Beladin.
