Disediakan Oleh : HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 23 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang telah menganjurkan Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Limbang 2026 bertempat di Dewan St. Edmund, Limbang.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam usaha memperkasakan keupayaan pengurusan organisasi khususnya dalam kalangan pertubuhan dan golongan belia di Bahagian Limbang.
Pelaksanaan program ini menyediakan platform kepada para peserta untuk mempelajari serta meningkatkan pengetahuan berkaitan pengurusan organisasi yang berkualiti, sistematik dan berkesan. Pendedahan yang diberikan diharap dapat membantu peserta mengurus organisasi masing-masing dengan lebih teratur, di samping memperkukuh aspek kepimpinan, pentadbiran dan kerjasama berpasukan.
Program ini turut mendapat perhatian dengan kehadiran Pengerusi Majlis Daerah Limbang, yang bersama-sama memberikan sokongan terhadap usaha pembangunan dan pemerkasaan organisasi serta kepimpinan belia di Bahagian Limbang.
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin dan penggerak organisasi belia yang berpengetahuan, berkemahiran serta mampu mengurus organisasi secara profesional dan berintegriti.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang akan terus komited dalam menyediakan ruang dan peluang kepada golongan belia untuk meningkatkan kemahiran serta potensi diri, khususnya dalam bidang kepimpinan dan pengurusan organisasi.
.#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 23
