- JBS Sarawak
- Hits: 21
Program Rakan Litar – Moto Cub Track Day 2026 Bersama Belia Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan Oleh : Steph. W.S., JBSN Sarawak
MIRI, 22 SEPTEMBER 2026 – Program Rakan Litar – Moto Cub Track Day 2026 di Miri merupakan sebahagian daripada pengisian gaya hidup Rakan Muda yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Desa Indah. Program ini telah berlangsung pada 6 September 2026 bertempat di Litar Go Kart Permyjaya, Miri melibatkan 100 orang belia setempat.
Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan awal kepada belia mengenai aspek keselamatan jalan raya, undang-undang sukan bermotor, serta pengenalan teknikal litar. Ia juga bertujuan menyediakan platform untuk merasai pengalaman menunggang motosikal secara berhemah di dalam litar lumba yang selamat.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri mewakili Pengarah JBSN Sarawak. Turut hadir ialah Encik Bronnie Marshall dari Persatuan Sukan Permotoran Negeri Sarawak (SMA) juga merangkap exco MAM. Program ini diharap dapat terus menyemai kesedaran mengenai keselamatan, disiplin dan kemahiran dalam sukan bermotor, di samping menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti yang sihat dan mencabar.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
