- JBS Sarawak
- Hits: 22
MAJLIS PERASMIAN PIALA DATUK DR. HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ISMAIL VOLLEYBALL CHALLENGE 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak.
LIMBANG, 23 September 2026 – Majlis Perasmian Piala Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail Volleyball Challenge 2026 telah berlangsung dengan meriah, menghimpunkan para pemain serta peminat sukan bola tampar daripada pelbagai negeri di seluruh Malaysia dan negara jiran, Brunei Darussalam.
Kejohanan yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 29 hingga 30 Ogos 2026, menyaksikan pelbagai pasukan berentap dalam semangat kesukanan yang tinggi bagi merebut kejuaraan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Mohd Hafizul Helmi, wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang.
Penganjuran kejohanan seumpama ini bukan sahaja menjadi medan untuk mengetengahkan bakat dan meningkatkan mutu sukan bola tampar, malah memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Sukan merupakan salah satu medium yang berkesan dalam menyatupadukan rakyat daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Melalui semangat kesukanan, nilai kerjasama, disiplin, hormat-menghormati dan persahabatan dapat dipupuk tanpa mengira perbezaan bangsa, agama mahupun tempat asal. Kemeriahan kejohanan kali ini turut dapat dilihat menerusi penyertaan pasukan dari pelbagai tempat di seluruh Malaysia serta Brunei Darussalam, sekali gus menjadikan pertandingan ini sebagai platform untuk memperkukuh hubungan melalui sukan.
Diharapkan penganjuran ini dapat diteruskan pada masa akan datang serta menjadi antara kejohanan yang mampu menyumbang kepada pembangunan sukan bola tampar dan pembudayaan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat
.#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
