- JBS Sarawak
- Hits: 25
SESI CABUT UNDI KARNIVAL SEPAK TAKRAW SONG 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan Oleh:MCG,PBSBKAPIT
SONG, 23 September 2026 – Sesi cabut undi bagi Karnival Sepak Takraw Song 2026 anjuran Kelab Sepak Takraw Genturung, Kapit telah diadakan secara atas talian sebagai persediaan menjelang kejohanan yang akan berlangsung pada 26 September 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Kebiaw, Song.
Sebanyak 27 pasukan telah menyertai pertandingan kali ini, sekali gus menunjukkan sambutan yang menggalakkan daripada pasukan-pasukan sepak takraw dalam usaha memeriahkan aktiviti sukan di peringkat komuniti. Sesi cabut undi secara atas talian tersebut dilaksanakan bagi menentukan pembahagian kumpulan serta susunan perlawanan bagi memastikan perjalanan kejohanan dapat berlangsung dengan lancar dan teratur.
Penganjuran Karnival Sepak Takraw Song 2026 diharap dapat menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan, mencungkil bakat baharu serta memupuk semangat kesukanan dan persahabatan dalam kalangan pemain.
Kejohanan ini juga diharapkan dapat berlangsung dalam suasana yang meriah, kompetitif dan menjunjung tinggi nilai semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama antara semua pasukan yang bertanding.
#MalaysiaMadani
#HSN2026
#pbsbkapit
#JBSN
