- JBS Sarawak
- Hits: 17
Dua Program NGO Belia Bakal Dilaksanakan Di IKBN Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan Oleh : Steph. W.S., JBSN Sarawak
MIRI, 22 SEPTEMBER 2026 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang diwakili oleh Puan Stephanie Wendy Stamford telah hadir bersama Cik Sopia Saging, Penasihat Kelab Belia Bestari Bandar Miri menyantuni Encik Kaya Raju, Timbalan Pengarah IKBN Miri, hari ini.
Tujuan kunjungan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan persetujuan bagi melaksanakan program Dari Belia untuk Belia dan program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan (Kompas Belia Miri) di IKBN Miri pada bulan Oktober 2026.
Program tersebut menyasarkan belia massa, belia bersekolah, belia IPT dan pertubuhan belia yang berumur 15 hingga 30 tahun. Program tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Kelab Belia Bestari Bandar Miri dengan kerjasama IKBN Miri, agensi kerajaan dan NGO belia sekitar daerah Miri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
