- JBS Sarawak
- Hits: 17
PBSB Miri Dan PPD Subis Bersedia Laksana Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Miri 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 17
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 22 September 2026 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri akan bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Subis bagi program Kem Belia @Rakan Prihatin Tahun 2026 Peringkat Bahagian Miri. PBSB Miri yang diwakili oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Puan Stephanie Wendy anak Stamford, Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSB Miri telah mengadakan sesi perbincangan awal program bersama Pejabat Pendidikan Daerah Subis yang diwakili oleh Encik Christopher anak Barat pada 8 September yang lalu.
Perbincangan adalah meliputi pelaksanaan program, penetapan tarikh dan pemilihan peserta yang akan terlibat dengan program tersebut. Program ini mensasarkan belia berumur antara 15 hingga 16 tahun yang berisiko, dan merupakan sebahagian daripada inisiatif intervensi sosial Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha membendung keterlibatan golongan belia dengan isu dan permasalahan sosial di peringkat akar umbi.
Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Miri 2026 yang melibatkan 50 orang belia dari pelbagai sekolah di bawah seliaan PPD Subis akan dilaksanakan pada 2 hingga 4 Oktober 2026 bertempat di Kem Lupuk Ancestors Expedition, Bekenu. Menerusi program ini, PBSB Miri akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi berkaitan, NGO dan komuniti setempat, demi memastikan inisiatif pembangunan belia dapat memberi kesan jangka panjang yang positif kepada masyarakat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
