- JBS Sarawak
- Hits: 32
Program Pameran dan Promosi JBSN Sarawak bersempena dengan program Canroll Pro Urban Sports Festival 2026
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 9 April 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN) telah melaksanakan Pameran dan Promosi Jabatan sempena Canroll Pro Urban Sports Festival 2026 yang berlangsung di Waterfront Kuching dari 8 hingga 12 April 2026.
Program ini bertujuan mempromosikan peranan jabatan serta membuka peluang pendaftaran sukarelawan bagi temasya Sea Games 2027.
Pameran ini melibatkan penglibatan pegawai dan kakitangan JBSN bagi memastikan kelancaran operasi sepanjang program berlangsung.
Antara pengisian utama termasuk pameran maklumat, sesi interaksi bersama pengunjung serta hebahan berkaitan pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
Usaha ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap inisiatif jabatan serta menarik minat golongan belia untuk terlibat secara aktif dalam program sukan dan kesukarelawanan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
- JBS Sarawak
- Hits: 32
