Program Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Peringkat Bahagian Mukah Tahun 2026

Program Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Peringkat Bahagian Mukah Tahun 2026

Disediakan oleh : Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 15 SEPTEMBER 2026 – Program Dari Belia Untuk Belia (YTY) Peringkat Bahagian Mukah Tahun 2026 yang melibatkan 54 orang peserta telah diadakan pada 12 September 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan Kerjasama GIATMARA Mukah diisi dengan TVET berkaitan asas kimpalan dan asas elektrik. Sebanyak 29 orang peserta telah menyertai asas kimpalan dan 25 orang terlibat dalam asas elektrik.

Peserta yang terlibat dengan asas kimpalan telah mempelajari teori keselamatan diri, tempat kerja, alatan, mesin, teori mengukur, memasang dan mengimpal. Para peserta turut didedahkan amali melukis, mengukur, memotong, mengimpal, membersih dan memeriksa hasil kerja. Asas elektrik pula telah mempelajari teori keselamatan diri, tempat kerja, alatan, mesin, teori pendawaian elektrik dan mengukur serta teori keselamatan alatan dan bahan. Para peserta turut melaksakan amali lukisan pendawaian, mengukur, memotong, pendawaian dan pemeriksaan hasil kerja.

Program tersebut turut dihadiri Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Puan Noorlina binti Mirais selaku Pegawai Penyelaras Program dan Puan Hatijah Halidi. Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Encik Cyril Germanus Aloysius Akup, Pengetua SMK Dalat. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Musa Osen dan Encik Ajiji Mahsain kerana telah menjadi tenaga pengajar bagi memastikan para peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dianjurkan.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search