- JBS Sarawak
- Hits: 42
MESYUARAT PENYELARASAN HARI SUKAN NEGARA BAHAGIAN SARIKEI 2026 BERSAMA RAKAN STRATEGIK
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Disediakan oleh: M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 12 September 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bersama rakan strategik, Duton Mountaineering Club, telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Hari Sukan Negara (HSN) Bahagian Sarikei 2026 bagi memastikan persiapan dan pelaksanaan program berjalan lancar serta mencapai sasaran penyertaan yang ditetapkan.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada penyelarasan agihan tugas, tanggungjawab serta peranan setiap pihak yang terlibat, khususnya dalam usaha merealisasikan sasaran penyertaan seramai 35,000 orang bagi HSN Bahagian Sarikei 2026.
Selain itu, persiapan penganjuran Sebangkoi Rainforest Trail Run & Glamping yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Taman Rimba Sebangkoi turut dibincangkan, meliputi aspek penyelarasan program, keselamatan, logistik dan pengurusan peserta.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, dan Encik Abdul Rani bin Adi, Race Director, Duton Mountaineering Club.
Kerjasama erat dan komitmen berterusan antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bersama rakan strategik diyakini dapat memperkukuh sinergi dalam menjayakan HSN Bahagian Sarikei 2026 serta memastikan objektif dan sasaran penyertaan yang ditetapkan dapat dicapai.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
