- JBS Sarawak
- Hits: 34
PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA BAHAGIAN SARIKEI SIRI 2/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: ZLP, JBSN Sarawak
SARIKEI, 12 September 2026 – Keupayaan dan kesiapsiagaan golongan belia dalam menghadapi situasi kecemasan terus diperkasa menerusi Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Bahagian Sarikei Tahun 2026 Siri 2 melalui pelaksanaan Kursus Asas Tindak Balas Kecemasan dan Pengendalian Kes Kebakaran di SMK Sarikei Baru.
Seramai 55 orang peserta sukarelawan telah menyertai kursus ini yang dikendalikan oleh Encik Badrul Hisyam bin Abdul Rahman, Encik Abang Omar Gani bin Abang Materang dan Encik Johari Yusrie bin Abdullah dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei. Kursus ini memberi pendedahan kepada sukarelawan belia mengenai pengetahuan serta kemahiran asas yang diperlukan ketika berhadapan dengan situasi kecemasan, khususnya dalam melaksanakan tindakan awal dan mengendalikan kes kebakaran secara tepat, teratur dan selamat.
Pendedahan tersebut penting bagi membentuk sukarelawan yang bukan sahaja berani untuk membantu, malah mampu membuat pertimbangan yang baik dan bertindak secara terkawal ketika berhadapan dengan keadaan yang mencemaskan.
Melalui program seperti ini juga, belia bukan sahaja dibentuk sebagai generasi yang aktif dalam aktiviti kesukarelawanan, malah dipersiapkan dengan kemahiran asas yang mampu dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta ketika membantu masyarakat dalam keadaan kecemasan.
Semoga program ini dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan muda yang prihatin, cekap, berkeyakinan dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan demi kesejahteraan komuniti.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
