- JBS Sarawak
- Hits: 33
Mesyuarat Penyelarasan Program Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 17 September 2026 – Satu mesyuarat penyelarasan bersama agensi-agensi yang terlibat dalam pelaksanaan Program Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2026 telah diadakan bagi membincangkan persiapan dan penyelarasan program yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2026 bertempat di Marudi Waterfront.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Puan Rose anak Edward Tarang, Pegawai Daerah Marudi, dan turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi yang terlibat. Antara aktiviti utama yang akan dilaksanakan ialah Gimik Pelancaran Hari Sukan Negara, Larian 5K Challenge Marudi serta aktiviti Berjalan Ria.
Program ini diadakan bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti fizikal serta menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara di peringkat Bahagian Miri. Sehubungan itu, orang ramai amat dialu-alukan untuk hadir dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan bagi bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2026.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
