- JBS Sarawak
- Hits: 27
MPBN Sarawak 2026 Perkasa Kepimpinan Generasi Muda
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh: M.Sherman, JBSN Sarawak.
Kuching, 16 September 2026 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak bagi Sidang II, Penggal Ke-35, Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak pada Selasa. Persidangan tahunan yang diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, merangkap Pengerusi MPBN Negeri Sarawak.
Dalam ucapan dasar perasmiannya, YB Dato Sri menggesa para perwakilan dan anak muda Sarawak agar melengkapkan diri dengan kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta penerokaan teknologi digital bagi merebut peluang ekonomi hijau di bawah agenda Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
Sepanjang persidangan, sebanyak lima usul berimpak tinggi telah dibentangkan dan dibahaskan dengan penuh kematangan oleh perwakilan belia dari seluruh bahagian. Antara fokus utama perbahasan merangkumi inisiatif pengenalan program Ahli Dewan Undangan Sarawak Belia (ADUS), penubuhan Pasukan Sukarelawan Kesihatan Mental Rakan Sebaya, penggubalan dasar perlindungan belia daripada manipulasi siber (Kecerdasan Buatan - AI), dan penaiktarafan prasarana belia setempat.
Turut hadir menyerikan majlis adalah Setiausaha Agung SABERKAS, YB Dr. Haji Safiee Haji Ahmad, Pengarah JBSN Sarawak, Encik Lamat Anak Nyalau serta Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Ahmad Farhan Rosli. Segala resolusi yang disepakati melalui maklum balas agensi kerajaan dan pembuat dasar pada persidangan ini akan diangkat untuk tindakan di peringkat negeri, manakala usul-usul yang berstatus nasional akan diketengahkan ke persidangan MPBN Peringkat Kebangsaan kelak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#MPBN
