- JBS Sarawak
- Hits: 31
KLAS SEPAK TAKRAW WANITA BUKA RUANG CETUS BAKAT BAHARU DI BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 31
DISEDIAKAN OLEH: AAC, JBSN Sarawak
LAWAS, 15 September 2026 – Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Sepak Takraw Wanita Peringkat Negeri Sarawak (Bahagian Limbang) telah dilaksanakan pada 13 September 2026 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapok, Lawas.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai kemahiran asas permainan sepak takraw, penggunaan peralatan serta peraturan permainan yang betul. Selain memberi pendedahan asas berkaitan sukan tersebut, pelaksanaan KLAS ini turut menjadi salah satu platform dalam usaha mengenal pasti dan mencungkil bakat baharu dalam kalangan wanita yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang amat memberangsangkan dalam mengikuti setiap sesi yang dijalankan. Penglibatan aktif tersebut mencerminkan minat serta potensi yang dimiliki oleh peserta terhadap sukan sepak takraw.
Penganjuran KLAS ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan kepada lahirnya lebih ramai bakat baharu sepak takraw wanita, khususnya dari Bahagian Limbang, yang seterusnya mampu mewakili bahagian dan negeri dalam pertandingan pada masa akan datang.
Usaha berterusan dalam menyediakan platform latihan dan pendedahan seperti ini juga penting bagi memperkasakan penglibatan wanita dalam bidang sukan serta memastikan pembangunan bakat dapat dilaksanakan secara berterusan dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
