- JBS Sarawak
- Hits: 26
PBSB SIBU MENGHADIRI MAJLIS PERHIMPUNAN MESRA BULANAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN BULAN OGOS 2025
Disediakan oleh: Muhammad Afif, JBSN Sarawak
PUTRAJAYA, 14 OGOS 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sibu telah menghadiri secara atas talian Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi bulan Ogos 2025 yang berlangsung di Lobi Menara KBS, di sini hari ini. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan ketibaan warga KBS, diikuti ketibaan pengurusan tertinggi, sebelum menyambut kehadiran YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, pada jam 8.30 pagi. Antara pengisian majlis termasuk nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam, bacaan Ikrar Rukun Negara, bacaan doa, serta tayangan montaj aktiviti bagi bulan Julai. YB Timbalan Menteri KBS turut menyampaikan ucapan amanat kepada seluruh warga kementerian, diikuti persembahan nyanyian lagu patriotik oleh kanak-kanak dari Taska KBS. Majlis turut diserikan dengan upacara penyerahan kit Jalur Gemilang oleh Kementerian Komunikasi sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025. Sesi bergambar diadakan sebagai penutup acara sebelum majlis bersurai pada jam 9.00 pagi.
#PBSBSibu
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
- JBS Sarawak
- Hits: 26