Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Kuching 2026

Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Kuching 2026

Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Kuching 2026
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

LUNDU, 3 September 2026 – Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Kuching telah berlangsung selama tiga hari, bermula 28 hingga 30 Ogos 2026, bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi, Lundu. Program ini melibatkan seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia di sekitar Daerah Lundu. Penganjuran kem ini bertujuan menyediakan platform kepada golongan belia untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesedaran berkaitan peranan mereka dalam pembangunan masyarakat dan Negara.

Objektif utama program adalah untuk memupuk semangat kesukarelawanan dan keprihatinan dalam kalangan belia, meningkatkan kemahiran kepimpinan serta kerja berpasukan, di samping membentuk jati diri, disiplin dan nilai-nilai positif dalam diri peserta. Selain itu, program ini turut bertujuan menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti kemasyarakatan, memperkukuh hubungan silaturahim serta mewujudkan jaringan kerjasama dalam kalangan peserta sebagai Rakan Prihatin yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.

Sepanjang tiga hari pelaksanaan, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti berbentuk pembangunan sahsiah, kepimpinan, kerjasama berkumpulan dan kemasyarakatan yang dirangka bagi memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung dalam suasana yang kondusif. Penganjuran Kem Belia @ Rakan Prihatin ini diharapkan dapat melahirkan golongan belia yang berdaya saing, prihatin, bertanggungjawab dan mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi, seterusnya menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih harmoni dan sejahtera.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakanprihatin

 

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search