Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 29 JUN 2026: Satu Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen pada selasa lalu. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan pelaksanaan program serta strategi memperkukuh usaha pencegahan dan pembanterasan penyalahgunaan dadah di Bahagian Bintulu.
Mesyuarat tersebut menghimpunkan wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan penyalahgunaan dadah, penyelarasan pelaksanaan program pendidikan pencegahan, serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi dalam memastikan masyarakat, khususnya golongan belia, bebas daripada gejala dadah.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk pelaksanaan program advokasi di peringkat komuniti, pemerkasaan peranan Jawatankuasa Antidadah di peringkat daerah dan kampung, serta usaha memperluaskan penglibatan pertubuhan belia, institusi pendidikan dan badan bukan kerajaan dalam menjayakan agenda pencegahan dadah.
Mesyuarat turut menekankan kepentingan pendekatan secara menyeluruh melalui kerjasama pelbagai pihak bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya penyalahgunaan dadah serta melahirkan komuniti yang sihat, sejahtera dan bebas daripada pengaruh dadah.
Diharapkan segala keputusan dan tindakan susulan hasil mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memperkukuhkan usaha pencegahan penyalahgunaan dadah serta memastikan kesejahteraan masyarakat di Bahagian Bintulu terus terpelihara.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2026 – Hujung Minggu lalu telah berlangsungnya bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching. Encik Rynnille Elsther Peter,Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang yang telah hadir ke Program tersebut.
Bengkel ini bertujuan diadakan adalah bagi memberi latihan dan suntikan baru kepada Pegawai Rakan Muda di setiap Bahagian serta menyampaikan maklumat terkini berkaitan pelaksanaan program ARPRM. Di samping itu, ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan garis panduan dan standard of operation (SOP) dalam pelaksanaan program ARPRM secara menyeluruh.
Diharapkan bengkel ini bakal menjadi batu lonjatan kepada semua pemimpin bagi melahirkan peserta ARPRM yang berkualiti tinggi dan mencapai Tahap Emas dimasa akan datang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
Disediakan oleh:Nuff, JBSN ssarawak
BINTULU, 29 JUN 2026: Satu perjumpaan dan perbincangan Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bersama pihak Maktab Rendah Sains MARA Bintulu (MRSM Bintulu) telah diadakan di Pejabat Pentadbiran MRSM Bintulu pada 22 Jun 2026 yang lalu. Hasil perjumpaan tersebut, pihak MRSM Bintulu menyatakan kesediaan untuk menjalinkan kolaborasi strategik dalam pelaksanaan program pengurusan organisasi bersama agensi dan pertubuhan belia peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2026 yang bakal dilaksanakan pada ogos depan.
Perkara tersebut dibincangkan dalam satu sesi pertemuan yang bertujuan meneroka peluang kerjasama bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran organisasi dalam kalangan belia. Melalui kolaborasi ini, pelbagai program pembangunan kapasiti termasuk bengkel, kursus dan latihan kepimpinan berpotensi dilaksanakan secara bersama.
Inisiatif ini juga selaras dengan usaha melahirkan generasi belia yang berdaya saing, berkemahiran serta mampu mengurus organisasi dengan lebih berkesan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
Disediakan oleh: HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2026 – Liga Sukan Komuniti(LSK) bola tampar 2026 telah diadakan pada 14 Jun 2026 yang bertempat di Dewan SMK YUK HIN, Limbang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) dengan kerjasama Kelab Sukan Rekriasi Muhibah (SURE MUHIBAH) ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan bola tampar wanita di Bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Program ini dirasmikan oleh Pegawai Belia Dan Sukan, Encik Rynnille Elster Peter. Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan belia menjalani cara hidup sihat dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Daerah Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 29 JUN 2026: Bengkel pemimpin baharu Anugerah Perdana Rakan Muda (APRM) peringkat negeri 2026 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Auditorium Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak pada 18 - 20 Jun 2026 yang lalu. Turut menghadiri bengkel tersebut cik Diana Nuff Binti Abdel Aziz wakil daripada Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu.
Program ini bertujuan melengkapkan pemimpin dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membimbing peserta APRM mencapai tahap pengiktirafan yang ditetapkan.
Sepanjang program, para pemimpin didedahkan kepada kaedah pengurusan buku log, penilaian aktiviti, serta pelaksanaan komponen APRM yang merangkumi rekreasi fizikal, khidmat masyarakat, kemahiran, kepimpinan dan pengembaraan. Mereka juga diberikan panduan berkaitan peranan sebagai mentor dalam membantu pembangunan sahsiah dan potensi belia.
Pelantikan dan penglibatan pemimpin baharu ini diharapkan dapat memperluaskan pelaksanaan APRM serta meningkatkan penyertaan belia dalam aktiviti pembangunan diri dan komuniti. Inisiatif ini selaras dengan usaha melahirkan generasi belia yang berdaya tahan, berkemahiran dan mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
Disediakan oleh: HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2026 – Liga Sukan Komuniti(LSK) bola jaring 2023 telah diadakan pada 13 Jun 2026 yang bertempat di Gelanggang Batu Biah, Limbang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) dengan kerjasama Kelab Sukan Rekriasi Muhibah (SURE MUHIBAH) ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan bola jaring di bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Program ini dirasmikan oleh Pegawai Belia Dan Sukan, Encik Rynnille Elster Peter. Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan belia menjalani cara hidup sihat dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Daerah Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
Disediakan oleh: HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2026 – Liga Sukan Komuniti(LSK) futsal 2026 telah diadakan pada 14 Jun 2026 yang bertempat di Stadium Tertutup Limbang, Limbang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) dengan kerjasama Kelab Sukan Rekriasi ABC ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan futsal di bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Program ini dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Limbang, Encik Rynnille Elsther Peter. Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan belia menjalani cara hidup sihat dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 29 JUN 2026: Kelab Sukan Al Falah Boules Club telah mengadakan lawatan ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu bagi memaklumkan mengenai penganjuran serta penyertaan dalam pertandingan sukan boules yang akan diadakan pada 4 dan 5 Julai 2026 bertempat di padang TRJ Jepak.
Lawatan tersebut bertujuan berkongsi maklumat berkaitan perancangan pertandingan, termasuk tarikh pelaksanaan, kategori penyertaan, lokasi pertandingan serta objektif penganjuran dalam usaha memperkembangkan sukan boules di Bahagian Bintulu. Sesi perbincangan turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai usaha memperluaskan penyertaan masyarakat, khususnya golongan belia, dalam sukan tersebut.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu menyambut baik lawatan tersebut dan berharap jalinan kerjasama yang terjalin dapat membantu meningkatkan kesedaran serta minat masyarakat terhadap sukan boules.Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbol komitmen kedua-dua pihak dalam memajukan pembangunan sukan boules dan memperkasakan ekosistem sukan di Bahagian Bintulu.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 29 JUN 2026: Program Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat. Program ini dianjurkan bertujuan menggalakkan pembudayaan sukan, memupuk perpaduan komuniti serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Bagi edisi tahun 2026, pertandingan melibatkan beberapa acara sukan utama seperti futsal, bola jaring dan bola tampar (Lelaki) yang disertai oleh pasukan-pasukan komuniti setempat. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah berfungsi sebagai platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Angellie Stephen Raja, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak yang mewakili Yang Berhormat Ts. Johnny Pang Leong Ming, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.68 Tanjong Batu. Tetamu kehormat yang turut menzahirkan penghargaan kepada semua peserta, urus setia, dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin serta komitmen yang membanggakan. Kehadiran penyokong dan penduduk setempat turut memeriahkan suasana pertandingan sekali gus menunjukkan sokongan padu terhadap pembangunan sukan komuniti di daerah ini.
Penganjuran Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 diharap dapat terus menjadi platform yang berkesan dalam memperkasakan pembangunan sukan akar umbi, mengukuhkan perpaduan masyarakat serta melahirkan lebih ramai atlet berbakat yang mampu mengharumkan nama daerah, negeri dan negara pada masa hadapan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama